Keterangan |
Set Luaran Ibu Bersalin Nawal Herbal Beauty
- Bengkung Ibu -
Bengkung Ibu merupakan bengkung zigzag diperbuat daripada kain
kasa belacu yang sangat selesa dipakai, kainnya kejap, pemakaiannya
sungguh kemas, tidak bergerak menaik atau menurun. Mempunyai 2 tali
untuk memudahkan ikatan diketatkan. Untuk kesan lebih baik, sapukan
Bedak Panas Syifa ke perut dan peha sebelum anda memakai bengkung.
Amalkan penggunaan Bengkung Ibu pada setiap hari semasa 40 hari
berpantang. Penggunaan yang konsisten mampu menjadikan tubuh anda
kembali ramping, kemas dan menawan.
- Tungku Besi - Menuam
perut, menaikkan peranakan, mengecutkan rahim, mlegakan sengal badan,
mengurangkan senggugut, melancarkan perjalanan darah, mengeluarkan
angin, lendiran dan darah. Tungku besi ini diperbuat daripada besi
tulen, dengan berat 3 kg.
- Sarung Tungku Herba -
Dicipta khas bagi memudahkan ibu-ibu bertungku secara
tradisional. Ianya diperbuat daripada 100% kain kapas dan dijahit
bersama ramuan herba berkhasiat.
- Bedak Panas Syifa -
Berfungsi untuk 3 dalam 1; lulur, pilis dan param. Berkesan
untuk menghaluskan kulit, menghangatkan badan dan mengelakkan serangan
angin semasa dalam tempoh berpantang.
- Pati Minyak Serai Wangi
- Sebagai minyak aromaterapi untuk mandian herba,
mandian sauna, urutan badan, meninggalkan rasa hangat dan mengelakkan
ketidakselesaan. Juga sesuai untuk menghalau serangga dan mewangikan
kediaman anda dengan haruman herba yang selamat untuk keluarga anda.
- Herba Mandian Azzahra -
Memberi kesegaran, keharuman dan ketenangan. Membuang angin,
mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, untuk penjagaan luaran
dan dalaman wanita. Sesuai digunakan untuk sauna, tangas, mandian ibu
dalam pantang atau kegunaan harian juga rendaman kaki.
- Feminine Wash Manjakani
- Formula istimewa dengan ekstrak manjakani dan sireh
yang membantu membersih bahagian intim wanita, mengurangkan bau,
mengurangkan kegatalan dan mengekalkan bahagian intim sentiasa bersih
dan terpelihara. Ekstrak manjakani dan sireh telah digunakan secara
tradisional untuk memberikan penjagaan sempurna dan diperkaya dengan
haruman strawberi untuk memberikan lebih keselesaan.
- Intensive Toning Lotion
- Diperbuat daripada ekstrak lemon citrus yang
diperkaya dengan elemen untuk menegangkan, memecah lemak, melembapkan
dan meningkatkan tekstur kulit. Losyen ini ditambah dengan kandungan
istimewa untuk mengembalikan kecerahan kulit. Formulasi lembut dan tidak
panas dengan haruman lemon memberikan keselesaan dan keyakinan setiap
wanita.
Produk lengkap untuk kegunaan ibu di dalam
tempoh berpantang.
|
0 comments:
Post a Comment